Die Mitte der Welt (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Die Mitte der Welt merupakan novel 1998 hasil tulisan Andreas Steinhöfel. Ia berkisarkan masalah membesar, akil baligh, cemburu, percintaan dan persahabatan. Novel ini tercalon untuk Deutscher Jugendliteraturpreis. Novel ini turut diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Alisa Jaffa dan disunting oleh Jonas Sachwitz. Ia telah diterbitkan di UK dengan judul Centre of My World.

Novel ini telah diadaptasi menjadi filem dengan judul yang sama pada tahun 2016. Filem ini telah diarahkan oleh Jakob M. Erwa.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Phil, 19 tahun, mempunyai saudara kembar, Dianne; kawan baik, Kat, dan ibunya yang selalu bertukar teman lelaki, Glass serta Nicholas, lelaki yang diminati oleh Phil. Kisah ini tidak berfokuskan kepada seksualiti Phil, namun menumpukan kepada kesukaran yang dihadapi oleh Phil dalam kehidupannya. Phil tinggal bersama ibu dan kembarnya di sebuah rumah yang digelar 'Visible', yang terletak agak jauh dari bandar. Penduduk tempatan tidak bergaul dengan keluarga Phil yang dianggap mereka sebagai pelik, kecuali Kat. Kat merupakan kawan baik Phil dan anak kepada pengetua sekolah mereka. Tereza, seorang peguam juga rapat dengan keluarga Phil dan sering bertindak sebagai mentor kepada Phil.

Kesinambungan: Defender – Geschichten aus der Mitte der Welt[sunting | sunting sumber]

Penulis turut meneruskan cerita beberapa watak menerusi novel 'Defender – Geschichten aus der Mitte der Welt' dalam bentuk cerita pendek. Buku ini turut dicalonkan untuk Deutscher Jugendliteraturpreis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]